Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan(PKPD) di Asrama Pekerja Top Glove yang sepatutnya tamat pada hari ini dilanjutkan selama 14 hari bermula 1 Disember 2020 sehingga 14 Disember.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Perkembangan Terkini PKP dan PKPP sebentar tadi.
Turut dimaklumkan juga, semua pekerja kilang diwajidbkan untuk menjalani saringan COVID-19 yang dijalankan oleh klinik swasta serta dipantau dan diselia oleh Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Selangor.
Sumber: KKM