Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa esok (21 November 2010), menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PKPB di negeri tersebut akan berlangsung selama dua minggu sehingga 6 Disember 2020 susulan peningkatan kes Covid-19.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan PKPB ditamatkan di beberapa negeri termasuk seluruh Terengganu, Melaka, Kedah kecuali daerah Kulim serta Johor kecuali daerah Kota Tinggi dan Mersing pada 21 November 2020.
Sumber: MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI