Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Seremban dan Port Diskcon bermula esok sehingga 1 Februari depan, menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kata Ismail, keputusan tersebut dibuat susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari di dua daerah berkenaan.
”Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Seremban dan Port Dickson selama 14 hari bermula 19 Januari sehingga 1 Februari 2021.
”Perlaksanaan PKP ini adalah untuk mengekang penularan Covid-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-dua daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Twitter Bernama