
Kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di (6) enam daripada (9) sembilan daerah di Selangor berkuatkuasa 6 Mei ini sehingga 17 Mei.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daerah-daerah tersebut ialah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang.
Tiga daerah lagi yang tidak terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah PKPB.
Jelas Ismail, keputusan dibuat setelah mengambil kira peningkatan mendadak kes Covid-19 dan bagi memutuskan rangkaian jangkitan.
Susulan itu, pergerakan rentas negeri dan daerah di dalam enam derah yang terlibat di Selangor adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali kes-kes yang berkaitan urusan kecemasan.
Sumber: Sidang Media Ismail Sabri