Semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta kerana ia tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.
Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi kenyataan media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menurutnya, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ianya hanyalah untuk keperluan asas sahaja.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan hari ini bersetuju supaya semua kilang-kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta,” katanya menerusi kenyataan itu.
Sebelum ini, beliau memaklumkan bahawa kesemua sektor perkilangan perlu ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
Sumber: MINDEF