Sebuah pesawat pengangkutan tentera An-26 milik Rusia dilaporkan hilang dari radar.
Menurut ciapan dari akaun Twitter TRT World Now, kali terakhir pesawat itu dikesan, ianya berada berhampiran dengan bandar Khabarovsk.
Pesawat yang membawa seramai enam orang penumpang itu dilaporkan melakukan penerbangan teknikal 40 km dari Khabarovsk.
“Pesawat An-26 sedang melakukan penerbangan teknikal 40 km dari Khabarovsk, tetapi secara tiba-tiba berhenti berkomunikasi dan hilang dari radar,” kata agensi interfax.
Belum dapat dipastikan berkenaan di mana pesawat itu berada dan apakah situasi sebenarnya.