Sebuah pesawat kargo Boeing 737 dilaporkan telah melakukan pendaratan kecemasan di pantai Honolulu, Hawaii setelah mengalami masalah enjin.
Menurut CNBC, hanya ada dua orang juruterbang yang berada di dalam pesawat terbabit dan mereka berjaya diselamatkan.
Sebelum melakukan pendaratan cemas, juruterbang telah melaporkan masalah enjin dan berusaha untuk berpatah balik tetapi mereka terpaksa mendaratkan pesawat di dalam air.
“Menurut maklumat awal, Pengawal Pantai AS telah menyelamatkan kedua-dua juruterbang itu,” kata Federal Aviation Administration (FAA) dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, pesawat itu melakukan pendaratan kecemasan sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat.
Sumber: CNBC