Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa pergerakan merentas negeri masih kekal tidak dibenarkan.
Walaupun begitu, rentas negeri hanya dibenarkan untuk aktiviti pelancongan sahaja.
Menurutnya, aktiviti pelancongan daripada negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep gelembung pelancongan perjalanan pelancongan di dalam negara yang menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC sahaja dibenarkan.
Dalam pada itu, pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak
Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia