Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan, pasangan jarak jauh tidak terkecuali daripada sekatan merentas negeri dan daerah.
Katanya ketika menjawab soalan wartawan, pasangan jarak jauh turut perlu berkorban selama dua minggu ini.
“Semua rakyat perlu berkorban. Ada yang terpaksa menutup perniagaan sementara waktu, ada yang terpaksa tutup kilang mereka untuk dua minggu ni.
“Untuk PJJ juga perlu berkorban untuk dua minggu ni. Kita telah memutuskan untuk tidak membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri untuk pasangan PJJ ini,” katanya.
BACA: Baru Tahu, Rupanya Ada Kedai Makanan Melayu Di Tokyo
BACA: Nak Bekalan Runcit Percuma Selama 6 Bulan? Ini Caranya