tiada lagi kuarantin
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - BERNAMA

TERKINI: Peningkatan Kes Bukan Sesuatu Yang Luar Jangka – Khairy

Faiz Mustafa

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa peningkatan kes jangkitan COVID-19 akhir-akhir ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.

Sebaliknya ia adalah berkaitan dengan varian baharu virus tersebut yang lebih pantas merebak sebelum ini.

“Peningkatan ini bukan sesuatu yang luar jangka.

“Situasi ini disebabkan varian Omicron yang lebih mudah merebak.

“Peningkatan kes juga disaksikan di negara-negara lain di seluruh dunia,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam satu satu sidang media khas hari ini. Berita lanjut menyusul.

Menurut KJ, jumlah kes pada minggu Epid 4 (23 – 29 Jan 2022) adalah 31,980 kes manakala pada minggu Epid 5 (30 Jan- 5 Feb 2022) ADALAH 43,062 kes. Ia menunjukkan peningkatan sehingga 34.7%.

“Kebanyakan kes juga merupakan kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan, dalam kategori klinikal 1 dan 2,” katanya lagi.

Sumber: KKM