Gambar: Bernama

TERKINI: Penggunaan Vaksin Sinovac Kepada Golongan Remaja 12 Tahun & Ke Atas Dibenarkan – KP Kesihatan

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan penggunaan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Life Sciences Co. Ltd, China dan Pharmaniaga Lifesciences Sdn Bhd, Malaysia kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, vaksin Sinovac ini adalah vaksin kedua yang diluluskan selepas vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNtech.

Vaksin Sinovac ini dilaporkan akan digunakan untuk remaja yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk terima vaksin dari Pfizer.

“Ini merupakan vaksin COVID-19 kedua yang diluluskan untuk penggunaan bagi golongan remaja selepas kelulusan sama diberikan kepada vaksin Comirnaty, keluaran Pfizer-BioNtech pada bulan Jun 2021

“Walau bagaimanapun, PKBKD menyarankan agar penggunaan vaksin CoronaVac dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun buat masa ini diutamakan kepada remaja tanpa komorbiditi dan yang mempunyai masalah alahan atau tidak sesuai untuk menerima vaksin Comirnaty,” tulis kenyataan tersebut.

KKM turut memaklumkan bahawa penilaian bagi penggunaan CoronaVac dalam kalangan remaha dengan komorbiditi akan diteruskan sebaik sahaja data yang dikemukakan mencukupi.

“..kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi vaksin tersebut kekal positif,” ujar kenyataan itu.

Sumber: KKM