Kerajaan bersetuju untuk memberi kemudahan kuarantin dan perjalanan kepada pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap dua dos vaksin. Semua kemudahan ini akan berkuatkuasa pada 10 Ogos 2021 ini.
Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pengumuman khas yang bersiaran langsung di saluran Youtube Bernama sebentar tadi.
Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti berikut:
Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan.diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.
Selain itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Justeru itu, ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
Mereka ini akan menerima keiktirafan daripada jenis vaksin yang menerima. Penerima vaksin lengkap dapat memperkukuhkan imunisasi badan serta dapat mengurangkan kes jangkitan Covid-19 di dalam negara kita.
Sumber: Youtube Bernama