Sebanyak 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas terdapat insiden paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.
Menerusi kemaskini daripada Twitter Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan kecemasan bagi membaiki paip pecah sedang dijalankan bermula pukul 10.30 malam ini.
Kejadian tersebut menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di kawasan Kampung Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai, Taman Mawar, Taman Mega, Taman Melur, Taman Mestika, Taman Muda, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada 8:45 pagi, 11 Mac 2022, dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.
Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan.
Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
BACA: Warna Baru, Apple Lancar Iphone 13 & 13 Pro Edisi Hijau “Alphine”
Sumber: Air Selangor