Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 19,090 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,975,422 kes.
Kes positif COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes positif setakat tengah hari 10 Februari 2022 turut meningkat berbanding 17,134 kes semalam.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham