Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa semua murid sekolah rendah akan kembali semula ke sekolah pada 20 Januari 2021.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, menerusi sidang media, sebentar tadi.
”Seperti mana takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021 yang diumumkan sebelum ini, penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021.
”Semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh tersebut,” kata beliau.
Sebelum itu, beliau mengumumkan penutupan sekolah seluruh negara bermula esok (9 November 2020) berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini.
Beliau berkata untuk sekolah di negeri-negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, penutupan ialah hingga 17 Dis sementara negeri-negeri Kumpulan B hingga 18 Dis.
Sumber: Sidang Media Menteri Pendidikan