Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilapor meletus dua kali hari ini, kira-kira 9.15 pagi WIB.
Menurut portal berita antarabangsa, letusan berkenaan melepaskan debu setinggi 6 kilometer ke udara dan boleh dilihat dari jauh. Kedua-dua letusan berkenaan dilapor berlaku kira-kira 7 minit.
Debu-debu berkenaan juga dilapor menutupi ruang udara di kawasan berdekatan. Penduduk kampung di kawasan sekitar juga diarah menjauhi kawasan gunung berapi sejauh 3 kilometer dan diminta berhati-hati dengan letusan susulan.
Letusan besar kali terakhir yang berlaku pada 2010 meragut sekurang-kurangnya 353 orang.
Video-video letusan gunung berapi turut tersebar di media sosial.
Sumber: Japan Times, Detik.com