Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan.
Menurutnya, moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Bagi negeri-negeri yang dilanda banjir, 15 buah bank dilaporkan telah menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.
Sumber: Bernama