KUALA LUMPUR, 6 Jan – UMNO dalam satu kenyataan media yang dikongsikan sebentar tadi memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi yang bermesyuarat malam ini mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-bahagian dan Sayap-sayap Wanita, Pergerakkan Pemuda dan Puteri UMNO yang diakan baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh Ketua Penerangan UMNO, Sharil Hamdan, MKT memperhalusi antaranya 3 usul utama yang dibangkitkan oleh 189 perwakilan Bahagian-bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia.
3 usul berkenaan adalah:
Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.
Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.
Menggesa supaya Pilihanraya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.
Menurut kenyataan itu lagi, MKT bersetuju untuk membawakan usul-usul berkenaan ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31hb Januari 2021 ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: Shahril Hamdan