Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa Malaysia merekodkan sebanyak 26,701 semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu yang menjangkiti virus tersebut meningkat kepada 3,138,215 kes.
Dalam laporan tersebut, kes tempatan adalah 26,569 kes dan kes import sebanyak 132 kes yang mendapat daripada jangkitan luar negara.
Tambahnya lagi, seramai 1,469 pesakit telah dimasukkan ke hospital melibatkan 52 orang kategori 3,4, dan 5 manakala 947 kes kategori 1 dan 2 setakat semalam.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan semalam, jumlah kes sembuh adalah 11,744 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 2,888,194.
Sumber: DG Noor Hisham, Bernama