Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 7,703 kes COVID-19 positif baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes negara kini turut meningkat kepada 587,165 kes.
Berdasarkan data KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi hari ini dengan 2,728 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 701 kes dan Sarawak 588 kes.

Sumber: KKM