Pasukan badminton negara hari ini melakar sejarah apabila berjaya menjulang piala Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) dengan mengatasi juara bertahan Indonesia, sebentar tadi.
Kemenangan dengan mata 3-0 itu secara rasminya dimiliki oleh Malaysia selepas pemain perseorangan, Ng Tze Yong menewaskan Rumbay Ikhsan dalam perlawanan straight set 21-14 dan 21-15.
Terdahulu, pemain beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapatkan mata kedua dengan kemenangan 17-21, 21-13 dan 21-18 menentang Carnando Leo Rolly dan Marthin Daniel.
Dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam itu, Lee Zii Jia selaku pemain perseorangan utama negara sebelum itu telah meraih mata kemenangan pertama selepas menumpaskan Dwi Wardoyo Chico Aura.
Sumber: BAM