Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lagi 5,720 kes positif Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini (3 Februari 2022).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,887,780 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
Semalam, kes baharu mencatatkan lebih 5,000 dengan 5,566 kes.
Untuk maklumat lebih terperinci, boleh klik di CovidNow. Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Sumber: DG Noor Hisham