BESTARI JAYA, 10 Nov – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2 dan 3 telah dihenti tugas pada sekitar 12.20 ke 12.45 tengah hari tadi.
Lembaga Urus Air Selangor berkata, ia disebabkan berlaku pencemaran bau seakan-akan solvent yang telah dikesan di Sungai Selangor.
“Bau telah dikesan sekitar lapan (8) ton di LRA Rantau Panjang. Setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 ton.
“LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” katanya kenyataan tersebut, hari ini.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Sumber: Lembaga Urus Air Selangor