TERKINI: Letupan Kedengaran Di Israel, HAMAS Mengaku Bertanggungjawab Lancar Serangan Roket

Nur Adnin

Beberapa letupan kedengaran di sekitar Israel hari ini setelah pejuang bersenjata HAMAS melancarkan serangan roket dari Gaza.

Merujuk laporan Independent, letupan tersebut dilapor disusuli dengan bunyi siren yang bergema membingitkan kota berkenaan pada lewat petangnya.

Dalam laporan sama, turut kedengaran siren-siren amaran roket dibunyikan di selatan Jerusalem.

Jurucakap HAMAS berkata, mereka bertanggungjawab atas kejadian itu dan mendakwa ianya sebagai satu tindak balas.

Tiada maklumat lanjut dikongsikan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Independent / Telegraph / Arab News