Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 8,290 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,052 kes.
Kelantan pula menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes COVID-19 baharu pada hari ini iaitu sebanyak 851 kes.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan mencatatkan kes sebanyak 830 kes.
Negeri-negeri lain pula mencatatkan ratusan kes sementara hanya Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis sahaja yang mencatatkan kes tidak sampai ratusan seperti negeri-negeri lain.
Sumber: Noor Hisham Abdullah