Sebanyak 7,654 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 792,693 kes di Malaysia setakat ini.
Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, negeri Selangor mendahului dengan 3,260 kes diikuti WP Kuala Lumpur, 1,550 dan Negeri Sembilan, 698 kes.
Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri:
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 3,260 (265,722) WPKL – 1,550 (82,904) Johor – 313 (73,162) Sabah – 225 (70,945) Sarawak – 286 (67,271) Negeri Sembilan – 698 (48,629) Pulau Pinang – 185 (35,677) Kelantan – 118 (35,493) Perak – 94 (27,787) Kedah – 337 (26,863) Melaka – 230 (19,999) Pahang – 180 (14,977) Terengganu – 61 (11,478) WP Labuan – 82 (8,765) WP Putrajaya – 33 (2,422) Perlis – 2 (599)
