Kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada kawasan Lembah Klang supaya beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 mulai 10 September ini.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantara di akaun Twitter rasminya berkata bahawa peralihan ini pasti amat dinantikan-nantikan oleh seluruh warga Lembah Klang.
“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali,” tulisnya.
Justeru daripada peralihan fasa ini, pergerakan antara negeri Selangor, W.P Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya akan dibenarkan tanpa ada sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak berkuasa.
Sumber: Ismail Sabri Yaakob