Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan kerajaan akan menambah 800 orang jururawat secara lantikan kontrak untuk menangani COVID-19 di seluruh negara.
Menurut tweet oleh BERNAMA, kesemua jururawat berkenaan merupakan lulusan daripada Institut Latihan di bawah Kementeri Kesihatan Malaysia dan diberikan kontrak selama 2 tahun.
Ia sebagai persediaan sekiranya penularan COVID-19 akan menjadi lebih serius di masa akan datang.
Sumber: BERNAMA