Gambar: Lebuhraya Pantai Timur

TERKINI: Laluan Gombak-Karak Kini Sudah Boleh Dilalui, Chenor-Karak Masih Terhalang

Nadhirah

Laluan masih terhalang di lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)

Menerusi posting di akaun rasmi Facebook Lebuhraya Pantai Timur data terkini yang telah dimuat naik adalah pada jam 8 pagi tadi.

Laluan LPT 1 yang melibatkan Chenor ke Karak masih lagi tidak boleh dilalui di kedua-dua hala.

Manakala, lebuhraya KL-Karak iaitu laluan Gombak ke Karak sudah boleh dilalui. Para pengguna jalan raya diharapkan untuk berhati-hati di laluan kontra KM 77.1 – KM 74.8 Timur dan KM 70.3 – KM 68 Timur.

Sementara itu, sekiranya pengguna jalan raya ingin menggunakan laluan ke Pekan Karak, mereka hendaklah membuat pusingan ‘U’ sebelum Tol Plaza Karak.

Pengguna jalan raya dari Pekan Karak pula hendaklah menggunakan susur keluar ke Temerloh dan membuat pusingan ‘U’ sebelum tiba ke Tol Plaza Karak.

Para pengguna jalan raya dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi.

Sumber: Lebuhraya Pantai Timur