Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 88 kes positif Covid-19 baru dicatatkan.
Pertambahan 88 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 5,691 kes.
Daripada jumlah tersebut, seramai 41 kes positif Covid-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 18 daripada kes yang sedang dirawat di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sumber: KKM