Menerusi sidang media perkembangan harian Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sebanyak 119 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital.
Ianya sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya meningkat kepada 2,766 orang atau 53.37% daripada jumlah keseluruhan kes.
Bilangan kes yang discaj hari ini sekali lagi melebihi kes baru yang dilaporkan.
Sumber: KKM