Gambar: Bernama

TERKINI: KWSP Umum Bayaran i-Sinar Bagi Bulan Oktober Bermula 27 September, i-Citra Bermula 1 Oktober

Aqmal Ezany

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran duit i-Citra bagi bulan Oktober akan mulai dibuat pada 1 Oktober 2021.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.

Orang ramai yang memohon boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh juga hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848.

Manakala bagi bayaran i-Sinar Oktober pula, KWSP memaklumkan ia akan dikreditkan ke akaun pelanggannya pada 27 September ini.

Sumber: KWSP