Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tweetnya sebentar tadi memaklumkan Malaysia mencatatkan dua kematian pertama membabitkan pesakit COVID-19.
Dua kes berkenaan merupakan kes ke-178 dan kes ke-358.
Kes ke-178 melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir ke perhimpunan tabligh di Sri Petaling baru-baru ini.
Mangsa bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukka ke ICU.
Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60 tahun mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia hari ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia