Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.
“Pada 17 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 2,342 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,810,689 kes,” tulisnya di laman Twitter hari ini.
Semalam, kes harian COVID-19 negara mencatatkan pertambahan sebanyak 3,010 kes.
Sumber: Twitter DG Noor Hisham