COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

TERKINI: Kes COVID-19 Terus Meningkat, Melebihi Angka 5,000

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,439 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kes kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat kepada 2,638,221 kes setakat ini.

Difahamkan, kes dilaporkan hari ini didapati lebih tinggi berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,879 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh dan kematian terkini akan dimaklumkan dalam laporan selanjutnya.

Segala maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: : https://covidnow.moh.gov.my.

Sumber: KKM