Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 11,034 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,925,254 kes.
Jumlah kes baharu ini lebih tinggi dan meningkat berbanding 10,089 kes yang dicatatkan semalam.
Maklumat terperinci mengenai COVID-19 boleh diakses di laman COVIDNOW.
Sementara itu, KKM menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin akan mengadakan sidang media pada pukul 5 petang ini untuk membuat beberapa pengumuman berkaitan COVID-19 dan varian Omicron.
Sumber: Noor Hisham Abdullah