Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 20,939 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,996,361 kes.
Kes positif COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah, jumlah kes positif setakat tengah hari 11 Februari 2022 turut meningkat berbanding 19,090 kes semalam.
Menurut Noor Hisham dalam hantaran sama, 99.44 peratus dari jumlah kes yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori satu dan dua, manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima.
“Daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 118 kes (0.56 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima dan 20,821 kes (99.44 peratus) kategori satu dan dua,” jelas beliau.
Memetik hantaran di laman sosial rasmi Noor Hisham, pecahan kes COVID-19 setakat hari ini mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori 1 – 5,181 kes (24.74 peratus)
Kategori 2 – 15,640 kes (74.7 peratus)
Kategori 3 – 95 kes (0.45 peratus)
Kategori 4 – 13 kes (0.06 peratus)
Kategori 5 – 10 kes (0.05 peratus)
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.
Sumber: DG Hisham