Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan terdapat pertambahan sebanyak 3,245 kes Covid-19.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara turut meningkat kepada 2,813,934 kes setakat ini.
Difahamkan, jumlah kes baharu hari ini meningkat berbanding semalam yang mencatatkan kes sebanyak 2,342 kes.
Justeru, segala maklumat terperinci termasuk mengenai kes sembuh dan kematian terkini akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW.
Sumber: Twitter DG Noor Hisham