
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 5,566 kes COVID-19 yang direkodkan pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini kian meningkat kepada 2,876,324 kes setakat ini.
Dalam pada itu, jumlah kes hari ini dilapor semakin tinggi berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,774 kes sahaja.
Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan kemudian dalam laporan selanjutnya.
Segala maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW.
Sumber: KKM