COVID-19: 30,787 kes baharu dicatatkan setakat 10 Mac 2022
Gambar via Bernama

TERKINI: Kes COVID-19 Harian Meningkat Menghampiri 5,000 Kes Berbanding Semalam

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 4,879 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 2,632,782 kes setakat ini.

Jumlah kes COVID-19 hari ini dilapor meningkat semula berbanding semalam yang hanya mencatatkan 4,087 kes.

Dalam pada itu, jumlah kes sembuh serta kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.

Segala maklumat terperinci mengenai kes jangkitan COVID-19 akan dimuat naik dalam laman sesawang www.covidnow.moh.gov.my.

Sumber: KKM