TERKINI: Kes COVID-19 Hari Ini Kembali Rendah Berbanding Semalam

Nur Adnin

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 6,145 kes COVID-19 baharu pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,390,687 kes setakat ini.

Difahamkan, kes harian baharu hari ini lebih rendah berbanding semalam iaitu 7,509 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh dan kematian terbaharu akan dimaklumkan secara terperinci di laman sesawang COVIDNOW.

Sumber: KKM