Kredit: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Catat Penurunan Lagi

Aireena Marizan

Terkini, kes baharu Covid-19 mencatat angka penurunan kepada 5,666 kes berbanding jumlah kes harian yang dicatatkan pada hari semalam, iaitu sebanyak 5,828 kes.

Makluman tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Facebook rasmi miliknya.

Kes baharu yang dicatatkan telah menjadikan jumlah keseluruhan setakat hari ini sebanyak 2,431,716 kes.

Sumber: Noor Hisham Abdullah