Gambar: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 3,391 Dan 19 Lagi Kematian Direkodkan, Kes Sembuh 3,392

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,391 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,391 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 234,874 kes secara keseluruhan.

Daripada 3,391 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,387 merupakan kes tempatan manakala 4 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 48,751 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 310 kes yang sedang dirawat di ICU termasuk 134 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,392. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 185,278 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 19 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 845 kes.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia