Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,576 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,576 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 330,042 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,576 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,565 merupakan kes tempatan manakala 11 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 14,360 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 151 kes yang sedang dirawat di ICU dan 57 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,996. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 314,457 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 2 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,225 kes.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia