Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,268 kes COVID-19 baharu yang direkodkan pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini turut meningkat kepada 336,808 kes.
Berdasarkan data terkini KKM dikongsikan oleh Dr Noor Hisham di lama Twitter, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 490 kes, diikuti Sarawak dengan 141 kes dan Johor 135 kes.
Maklumat lanjut kes sembuh dan kematian akan menyusul.
Sumber: Twitter KP Hisham