Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,213 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,213 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 328,466 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,213 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,207 merupakan kes tempatan manakala 6 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 14,782 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 155 kes yang sedang dirawat di ICU dan 54 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,503. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 312,461 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,223 kes.
Sumber: