Kes baharu Covid-19 hari ini dicatatkan sebanyak 1,240 kes. Daripada jumlah keseluruhan terdapat 1,238 kes tempatan dan hanya 2 import. Walau bagaimanapun daripada 1240 kes, sebanyak 500 kes dari Penjara Kepayan, Seberang Perai dan Penjara Tapah (kluster baharu).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 691 pesakit sembuh. Hal ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 17, 825 kes. Manakala, setakat hari ini terdapat 94 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan sebanyak 31 kes memerlukan bantuan alat penafasan. Jumlah kes aktif di negara kita dilihat semakin meningkat kepada 9,744 kes.
Perkara ini dikongsikan menerusi laman Twitter rasmi KKM sebentar tadi telah mengesan terdapat tiga kluster baharu setakat hari ini.
Dukacita dimaklumkan terdapat 7 lagi kes kematian. Ini menjadikan jumlah kes kematian terus meningkat dari masa ke masa dengan mencatat jumlah kumulatif sebanyak 236 kes.
Sumber: KKM