TERKINI: Kerajaan Laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – Muhyiddin Yassin

Sha Rossa

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan impak positif wabak Covid-19 di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, menerusi PKPB, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali perhimpunan besar yang boleh mendatangkan risiko jangkitan covid-19.

”Kita telah bersedia untuk memulakan pendekatan ketiga, iaitu membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati. Dengan ini kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB.

Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan,” kata beliau.

Baca: Pusat Beli-Belah, Dobi, Bengkel Kereta & Motosikal Antara Yang Dibenarkan Beroperasi Bermula 4 Mei 2020

Tambah Muhyiddin, walaupun begitu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan tetap terus dilaksanakan di kawasan yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi bagi membendung penularan wabak ini.

Baca: Pergerakan Antara Negeri Termasuk Pulang Ke Kampung Sempena Aidilifitri Tidak Dibenarkan – PM

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas Perdana Menteri