Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari kawasan kediamannya pada pukul 10:50 pagi ini.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang disertakan destinasi yang dituju oleh Perdana Menteri.
Semalam, dilaporkan terdapat beberapa kenderaan dipercayai milik Menteri Kanan memasuki perkarangan kediaman tersebut di Bukit Damansara. Ekoran itu, pengamal media dilihat berkumpul di persimpangan jalan masuk ke kediaman Perdana Menteri untuk membuat liputan terkini.
Dalam kemaskini terbaru di laman Twitter Bernama TV, kenderaan yang membawa Perdana Menteri memasuki perkarangan Perdana Putra Putrajaya pada pukul 10:28 pagi.
Sumber: Bernama TV