Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,304 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,304 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 45,095 kes secara keseluruhan.
Daripada 1,304 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,300 merupakan kes tempatan manakala 4 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 11,822 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 96 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 39 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 900. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 32,969 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 304 kes atau bersamaan dengan 0.7% secara keseluruhannya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia